PENDUDUK sekitar Lembah Klang beratur bagi menerima suntikan vaksin secara ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. FOTO BERNAMA
PENDUDUK sekitar Lembah Klang beratur bagi menerima suntikan vaksin secara ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 24,542,437 dos vaksin Covid-19 sudah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 15,772,101 orang menerima suntikan dos pertama, manakala 8,770,336 orang menerima dos kedua.

"Mengikut peratusan, 48.3 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 26.9 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 mereka," katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 389,641 dos diberikan semalam dengan 156,816 adalah pemberian dos pertama manakala 232,825 lagi adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Ogos 2021 @ 9:42 AM