PETUGAS kesihatan memberi suntikan vaksin Prizer-BioNTech di Pusat Pemberian Vaksin Industri Sektor Pengangkutan Pelabuhan Pulau Pinang (PPVIN). FOTO Mikail Ong
PETUGAS kesihatan memberi suntikan vaksin Prizer-BioNTech di Pusat Pemberian Vaksin Industri Sektor Pengangkutan Pelabuhan Pulau Pinang (PPVIN). FOTO Mikail Ong
BERNAMA

Kuala Lumpur: Malaysia mencapai 60.2 peratus populasi dewasa atau 14,095,554 individu telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian maklumat dalam laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan seramai 18,948,648 individu atau 80.9 peratus sudah menerima dos pertama menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 33,044,202 dos.

Menurut JKJAV, 58 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan negara mendapat dos pertama manakala 43.2 peratus melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam pula merekodkan sebanyak 408,295 dos dengan 252,626 daripadanya merupakan dos kedua dan baki 155,669 adalah dos pertama.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Ogos 2021 @ 10:12 AM