Petugas Sukarelawan Pembantu Vaksin Malaysia (MyVac) membantu proses pendaftaran orang ramai sebelum menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. FOTO Faiz Anuar.

BERNAMA

Kuala Lumpur: Jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan sejak 24 Februari lalu, kini melebihi 14 juta iaitu 14,002,324 dos setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin Covid-19 di Twitter, daripada jumlah itu, seramai 9,570,974 individu menerima dos pertama, manakala 4,431,350 orang telah melengkapkan dos kedua.

Semalam sahaja sebanyak 380,440 dos suntikan Covid-19 diberikan membabitkan 253,830 individu menerima dos pertama dan 126,610 lagi, lengkap dos kedua.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Julai 2021 @ 10:59 AM