PUTRAJAYA, 7 Julai -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.Ismail Sabri juga turut kekal memegang porfolio Menteri Pertahanan.--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Redzuan Muharam

Kuala Lumpur: Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membuat peralihan untuk Sabah daripada fasa satu ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Sabtu ini.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mempengerusikan sidang khas itu berkata, keputusan dibuat berdasarkan pencapaian nilai ambang tiga indikator utama PPN yang ditetapkan.

"Sidang khas MKN pada hari ini sudah meneliti pembentangan peralihan fasa bagi negeri di bawah PPN oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

"Selepas semua agensi terbabit termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneliti nilai ambang negeri ini, Sidang Khas MKN bersetuju untuk membuat peralihan fasa bagi Sabah daripada fasa satu ke fasa dua," katanya dalam kenyataan media, hari ini

Katanya, maklumat lanjut mengenai semua kebenaran yang ditetapkan bagi Fasa Dua boleh dirujuk di laman web rasmi MKN di www.mkn.gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Julai 2021 @ 8:33 PM