Zaid Salim

Kuala Terengganu: "Subuh tadi saya solat hajat di masjid. Sebaik pulang ke rumah dan baru nak mula Yasin, anak saudara memaklumkan ayah sudah tiada," kata Zakaria Jusoh.

Zakaria, 56, anak kepada warga emas, Fatimah Mohd, 79, yang maut dalam kebakaran membabitkan tiga rumah di Kampung Losong Haji Su, di sini, Isnin lalu.

Bapanya, Jusoh Muda, 82, melecur 50 peratus dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, sebelum disahkan meninggal dunia 6.31 pagi hari ini.

Zakaria berkata, sepanjang arwah bapanya, dimasukkan ke hospital, dia sempat bertemu bapanya dua kali dan terakhir semalam.

"Semalam doktor sudah berbincang dan memaklumkan keadaan kesihatan ayah yang semakin merosot.

"Saya juga sudah memaklumkan kepada adik beradik mengenai keadaan ayah dan mereka semua bersedia serta reda dengan sebarang kemungkinan," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang menyantuni keluarga berkenaan di Kampung Losong Haji Su, di sini, hari ini.

JUSOH meninggal dunia selepas tiga hari dirawat manakala Fatimah meninggal dunia pada hari kejadian.
JUSOH meninggal dunia selepas tiga hari dirawat manakala Fatimah meninggal dunia pada hari kejadian.

Sementara itu Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya sedang berbincang dengan Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, mengenai bentuk bantuan yang akan disalurkan kepada keluarga mangsa.

"Kerajaan negeri akan menghulurkan bantuan lain. Setakat ini bantuan awal sudah diberikan kepada keluarga terbabit," katanya.

Dalam kejadian jam 10.35 pagi Isnin lalu, warga emas, Fatimah Mohd, 79, maut manakala suaminya melecur dalam kebakaran membabitkan tiga rumah.

Dalam kejadian jam 10.39 pagi itu, Fatimah yang mengalami masalah pinggang dan bergerak dengan bantuan kerusi roda terperangkap manakala Jusoh terselamat berikutan ketika kejadian, dia dikatakan berada di luar rumah.

Berita berkaitan

'Lelaki melecur ketika cuba selamat isteri, meninggal dunia'

'Jenazah ibu cukup sifat, tidak rentung - Zakaria'

'Suami melecur cuba selamatkan isteri [METROTV]'

'Tolong mak...'

Isteri rentung, suami melecur dalam kebakaran

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Jun 2021 @ 12:45 PM