Gambar fail, Harussani. FOTO NSTP
Gambar fail, Harussani. FOTO NSTP
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria disifatkan sebagai agamawan yang mudah didekati dan disegani masyarakat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jasa dan sumbangan besar Allahyarham dalam memperjuang dan mengembangkan syiar Islam adalah tidak ternilai harganya.

Menurutnya, pemergian Allahyarham satu kehilangan kepada dunia dakwah bukan sahaja buat Perak, tetapi kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan.

"Salam takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan orang tersayang. Semoga mereka tabah menghadapi detik yang mendukacitakan ini.

"Selain menjadi Mufti Perak, Allahyarham memang dikenali sebagai seorang pendakwah dan agamawan yang mudah didekati dan disegani seluruh lapisan masyarakat," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Allahyarhan Harussani, 82, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, hari ini.

Perkara itu disahkan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim.

Harussani sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di ICU selepas disahkan positif Covid-19.

Berita berkaitan

Mufti Perak meninggal dunia [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Mei 2021 @ 5:47 PM