AHMAD Zahid. FOTO BERNAMA
AHMAD Zahid. FOTO BERNAMA
Siti Haliza Yusop

Kuala Lumpur: Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima suntikan vaksin Covid-19, hari ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menerusi video dan ciapan di laman Twitternya, turut menyeru rakyat supaya menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

"Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia jangan ragu-ragu mengambil vaksin seperti saya dan rakyat yang lain.

"Saya yakin ianya selamat, justeru segeralah mendaftar di aplikasi MySejahtera atau di mana-mana Pusat Kesihatan berdekatan.

"Sama-sama kita jayakan program vaksinasi ini dan kita menang bersama," katanya melalui video berdurasi lebih satu minit itu.

Katanya, pendaftaran bagi menerima suntikan vaksinasi Covid-19 itu juga boleh dilakukan melalui laman sesawang khas di http://vaksincovid.gov.my.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mac 2021 @ 3:12 PM