NENEK mangsa dikenali sebagai Wan menunjukkan gambar Sophia Fatehah. FOTO Zuhainy Zulkiffli.
NENEK mangsa dikenali sebagai Wan menunjukkan gambar Sophia Fatehah. FOTO Zuhainy Zulkiffli.
Zuhainy Zulkiffli


Bayan Lepas: Pengasuh kanak-kanak dua tahun yang ditemukan lemas dalam besen, di Batu Maung, di sini, kelmarin, direman selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, perintah tahanan reman bermula hari ini bagi membantu siasatan.

"Pengasuh itu ditahan reman sehingga 7 Mac ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, jenazah Sophia Fateha Wan Farhan Danial, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Matang, Permatang Damar Laut, pada 3.30 petang, hari ini.

Jenazah dibawa ke tanah perkuburan selepas selesai proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) pagi tadi.

Dalam kejadian Selasa lalu, mangsa ditemukan terlangkup dalam besen berisi air selepas ditinggalkan sementara di dalam bilik air di rumah pengasuh, ketika wanita berkenaan mahu mengambil tuala.

Ketika ditemukan, mangsa masih sedarkan diri namun beransur lemah ke HPP dengan ambulans.

Namun, selepas beberapa jam dalam keadaan kritikal, kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia pada jam 2 pagi semalam (Rabu).

Berita berkaitan

  • 'Sophia Fatehah lemas dalam besen, pengasuh ditahan'
  • 'Kami tak menyalahkan pengasuh'
  • Budak 2 tahun lemas dalam besen di rumah pengasuh
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Mac 2021 @ 5:08 PM