GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 2,364 kes baharu jangkitan Covid-19, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan di negara ini ialah 298,315 kes.

Beliau berkata, daripada sejumlah itu, penularan tempatan sebanyak 2,363 kes.

"Terdapat satu kes import membabitkan seorang warga negara. Sebanyak 3,320 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 270,166 atau 90.6 peratus.

"Dukacita, terdapat 10 kematian direkodkan hari ini.

"Kes kematian itu membabitkan lapan warga negara dan dua bukan warga negara. Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian ialah 1,121 kes atau 0.38 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seramai 190 pesakit Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 99 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Februari 2021 @ 7:12 PM