GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Sebanyak 2,063 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes 307,943.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes sembuh pula 2,922 kes menjadikan kumulatif 283,629 kes sembuh atau 92.1 peratus.

Menurutnya, jumlah kes aktif kebolehjangkitan penularan Covid-19 pula membabitkan 23,161 kes.

"Sembilan daripada 2,063 kes baharu hari ini adalah kes import iaitu dua warganegara dan tujuh bukan warganegara.

"Penularan tempatan pula membabitkan 2,054 kes iaitu 1,419 warganegara atau 69.1 peratus dan 635 bukan warganegara atau 30.9 peratus," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak lima kes kematian direkodkan hari ini yang membabitkan semua warganegara, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kematian 1,153 kes atau 0.38 peratus.

Beliau berkata, jumlah kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 193 kes manakala pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan membabitkan 99 kes.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Mac 2021 @ 6:42 PM