Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO Arkib NSTP
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO Arkib NSTP
Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Sebanyak 2,461 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes 280,272.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes sembuh pula adalah 4,782 kes menjadikan kumulatif kes sembuh 244,753.

Menurutnya, jumlah kes aktif kebolehjangkitan yang direkodkan sebanyak 34,468 kes.

"Semua 2,461 kes baharu hari ini adalah membabitkan penularan tempatan dan tiada kes import.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 1,589 kes membabitkan warganegara atau 64.6 peratus manakala 872 kes lagi bukan warga negara atau 35.4 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media mengenai perkembangan terkini Covid-19, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak lapan kes kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian, 1,051 kes atau 0.37 peratus.

"Jumlah kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 207 kes manakala pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan membabitkan 91 kes," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Februari 2021 @ 6:25 PM