SERAMAI 133 mangsa banjir kini ditempatkan di tiga PPS di dua daerah di Sarawak. FOTO Ihsan JPBN
SERAMAI 133 mangsa banjir kini ditempatkan di tiga PPS di dua daerah di Sarawak. FOTO Ihsan JPBN
Mohd Roji Kawi


Kuching: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di dua daerah di negeri ini meningkat pagi ini dengan seramai 133 penduduk daripada 33 keluarga.

Mangsa banjir itu ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Serian dan Samarahan.

Sehingga jam 8 pagi ini, seramai 84 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di PPS Kampung Lintang Baru di Serian.

PPS Dewan Kampung Betong Kanowit juga di Serian pula menempatkan seramai 22 mangsa daripada enam keluarga.

Di Samarahan, seramai 27 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Kampung Lubok Buntin, Simunjan.

Banjir melanda kawasan terbabit selepas hujan lebat sejak dua hari lalu dan keadaan itu dijangka berterusan apabila hujan diramal terus berlaku hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 January 2021 @ 9:03 AM