ORANG ramai menonton Perutusan Khas Perdana Menteri berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di restoran sekitar Kuala Lumpur. FOTO Eizairi Shamsudin
ORANG ramai menonton Perutusan Khas Perdana Menteri berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di restoran sekitar Kuala Lumpur. FOTO Eizairi Shamsudin
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini sememangnya ditunggu-tunggu banyak pihak.

Siaran langsung menerusi pelbagai platform media sosial, menarik minat orang ramai untuk mengetahui apakah langkah baharu kerajaan dalam menangani jumlah kes positif Covid-19 yang meningkat sejak beberapa hari lalu.

Siaran secara langsung di Facebook Harian Metro misalnya mencatatkan lebih 150,000 tontonan ketika ia disiarkan bermula pada 6 petang.

Rata-rata netizen menyifatkan pengumuman berkenaan adalah langkah terbaik, mengulangi tindakan sama ketika wabak pandemik itu bermula tahun lalu.

Malah ramai yang memuji ketegasan kerajaan dalam melaksanakan semula PKP di enam negeri selain dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) khusus.

Seorang netizen, Apiep berkata, dia menyokong segala tindakan demi kebaikan bersama.

"Apapun, demi kebaikan bersama saya sokong. InsyaAllah semoga dipermudahkan kita semua," katanya.

Sementara itu seorang lagi netizen, Nur Syairah Ayob berkata, keputusan kerajaan itu perlu diterima secara terbuka oleh semua pihak.

"Alhamdulillah, semoga kita semua terima dengan hati terbuka untuk memutuskan rantaian (Covid-19)," katanya.

Berita berkaitan:

  • Petugas kesihatan negara dalam keadaan penat: PM
  • Aktiviti riadah 2 orang serumah sahaja
  • Hanya 5 sektor boleh beroperasi
  • Kedai makan, gerai penjaja hanya dibenar beri perkhidmatan bawa pulang
  • Pelajar duduki peperiksaan utama di negeri PKP dibenarkan ke sekolah
  • Kerajaan umum Kajian Klinikal Fasa 3 vaksin Covid-19 bermula 21 Januari
  • Aktiviti sosial ketika PKP tak dibenar
  • Tak boleh rentas negeri
  • PM umum PKP 2.0 di enam negeri
  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2021 @ 7:26 PM