Hafidzul Hilmi Mohd Noor


PERJALANAN merentas negeri hari pertama membabitkan individu terkandas di Kuala Lumpur berjaalan lancar.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, sehingga 12 tengah hari tadi, aliran trafik di semua kawasan berjalan lancar.

"Maklum balas yang diterima dari semua jalan-jalan negeri di semenanjung adalah lancar.

"Pergerakan rentas negeri hari pertama dari Kuala Lumpur berjalan dengan baik dan lancar," katanya ketika dihubungi, di Kuala Lumpur, hari ini.

Azisman berkata, berdasarkan laporan juga hanya terdapat kesesakan di Tol Bentong arah Kuantan pada 8 pagi hingga 8.20 pagi tadi.

"Namun kesesakan berjaya disuraikan selapas itu dan trafik lancar dari semua arah.

"JSPT hanya memantau aliran trafik dan akan membantu kontinjen serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk sebarang tindakan segera," katanya.

Kerajaan mengumumkan perjalanan merentas negeri hari ini dikhususkan untuk yang terkandas di Kuala Lumpur pulang ke kediaman mereka di negeri lain.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, selain membenarkan orang ramai yang keluar dari Kuala Lumpur, kebenaran juga diberi kepada yang mahu mengambil keluarga mereka di kampung untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui aplikasi Gerak Malaysia menetapkan empat hari mulai hari ini sehingga Ahad (10 Mei) bagi membolehkan pergerakan rentas negeri.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

  • 1.47 juta daftar Gerak Malaysia
  • Bas, motosikal tak dibenar rentas negeri
  • https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/575355/orang-ramai-perlu-kemas-kini-maklumat-di-gerak-malaysiaOrang ramai perlu kemas kini maklumat di Gerak Malaysia
  • Rentas negeri: Kawasan R&R ditutup [METROTV]
  • Boleh mohon rentas negeri di balai polis berhampiran
  • Gerak Malaysia: Tiada telefon pintar, isi borang
  • Jadual empat hari perjalanan rentas negeri [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2020 @ 1:11 PM