Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Polis menahan 19 individu termasuk 13 warga Indonesia selain merampas senjata api yang disyaki diseludup masuk melalui sempadan negara.

Penahanan semua lelaki terbabit dilakukan Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Operasi Benteng yang dijalankan di Taman Tampoi Utama, Johor Bahru, pada 1 Januari lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, anggota yang melakukan pemeriksaan menjumpai beberapa komponen senjata api.

ACRYL Sani (tiga dari kiri) bersama Pengarah Jabatan KDNKA, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar (tiga dari kanan) menunjukkan buku ketika majlis pelancaran buku sejarah penubuhan Briged Tengah PGA dan Batalion 4, 5, 6, dan 19 PGA di PGA Briged Tengah, Cheras. FOTO Hairul Anuar Rahim

"Polis percaya kewujudan (senjata api) sangat diragui dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti tujuan dan saki-baki sindiket," katanya pada sidang media selepas melancarkan Buku Sejarah Penubuhan Briged Tengah dan Batalion 4, 5, 6 dan 19 serta Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata, siasatan awal dilakukan tidak menemui sebarang elemen cubaan melakukan serangan ke atas negara ini.

"Setakat ini kita tidak nampak ke arah faktor itu (serangan terhadap Malaysia) berdasarkan siasatan awal tiada unsur berkenaan namun tujuan utama mereka memiliki senjata itu sedang disiasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2021 @ 3:12 PM