ZUKILFI (tiga kanan) bersama wakil penerima sumbangan Sentuhan Kasih. FOTO ihsan Petronas
ZUKILFI (tiga kanan) bersama wakil penerima sumbangan Sentuhan Kasih. FOTO ihsan Petronas
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Hari Natal kali ini membawa keceriaan kepada 100 golongan kurang bernasib yang menerima hadiah perayaan sumbangan Yayasan Petronas.

Golongan yang terdiri daripada anak yatim, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) itu turut diraikan dalam satu majlis di Rumah Kebajikan St Joseph, Jalan Transfer,di sini, semalam.

Ketua Petronas Wilayah Tengah dan Utara yang mewakili Yayasan Petronas Zukilfi Othman berkata, program Sentuhan Kasih itu turut membabitkan kerjasama Petronas Dagangan Berhad (PDB).

Katanya, mereka menerima bantuan bekalan makanan dan penjagaan kebersihan diri sebagai hadiah perayaan.

"Sumbangan diserah kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang sebelum diagihkan kepada golongan berkenaan.

"Diharap dengan sumbangan ini serba sedikit membantu mereka khususnya ketika menyambut Hari Perayaan Natal," katanya di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pulau Pinang Shaballah Zainal Abidin.

Turut hadir, wakil daripada lima rumah kebajikan yang menerima sumbangan itu iaitu St Joseph Home, Salvation Army, St Nicholas Home for The Blind, Jubilee Home dan Penang Cheshire Home.

Mengulas lanjut Zukilfi berkata, program itu juga selaras dengan Agenda Kelestarian Petronas dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Kita juga turut mengagihkan sumbangan berkenaan kepada 2,000 daripada pelbagai badan amal seluruh Malaysia," katanya lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Disember 2020 @ 2:49 PM