Sazli (kiri), menyampaikan bantuan bekalan makanan dan kit penjagaan serta kebersihan diri kepada Andy Hong (kanan), Pengerusi Pusat Kebajikan Orang-Orang Kurang Upaya Johor (Kluang), sambil disaksikan oleh Pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Kluang, Shazuwan Husnan. FOTO IHSAN PETRONAS

Omar Ahmad

Johor Bahru: Petronas menerusi cabang tanggungjawab sosial korporatnya, Yayasan Petronas mengedarkan bantuan bekalan makanan dan kit penjagaan serta kebersihan diri kepada 240 keluarga kurang bernasib baik serta 104 penghuni.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Selatan, Sazli Zakaria berkata, sumbangan itu diserahkan kepada dua rumah kebajikan di Johor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai sebahagian daripada Program Sentuhan Kasih Deepavali 2021.

Beliau berkata, bantuan bekalan makanan membabitkan beras Basmati, minyak sapi, aneka jenis muruku dan kit penjagaan serta kebersihan diri termasuk cecair pembasmi kuman dan pelitup muka.

"Semua bantuan diserahkan kepada JKM untuk diedarkan kepada 240 keluarga kurang bernasib baik di Kluang dan Johor Bahru sebelum perayaan Deepavali ini.

"Selain itu, bantuan seperti kerusi roda, termometer, lampin dewasa dan susu tepung diserahkan kepada dua rumah kebajikan di Johor iaitu Pusat Kebajikan Orang-Orang Kurang Upaya Johor, Kluang dan Pusat Jagaan VR Melodies Old Folks Home, Kulai," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 November 2021 @ 5:29 PM