Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Seramai 100,000 pekerja asing akan menjalani ujian saringan Covid-19 menggunakan kit ujian pantas (RTK) antigen secara berperingkat dan bersasar mulai 1 Disember ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada peringkat awal, program ini akan menumpukan pekerja asing di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Labuan.

"Kerajaan sebelum ini memutuskan ujian saringan wajib ke atas pekerja asingmemandagkan kes tinggi disebabkan golongan ini misalnya kes di Top Glove dan beberapa kilang lain termasuk di Sabah.

"Justeru, sidang khas hari ini mendengar pembentangan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) berkenaan jadual serta mekanisme pelaksanaan ujian ini.

"Pelaksanaan ujian ini akan dijalankan secara berperingkat dan bersasar mulai 1 Disember 2020 di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah serta Labuan," katanya dalam sidang media, hari ini.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Beliau berkata, bagi mengelakkan kesesakan berikutan 100,000 pekerja asing akan memulakan saringan ini,

majikan perlu mengatur temujanji dengan fasiliti kesihatan swasta terlebih dulu.

"Fasiliti kesihatan swasta akan menjalankan ujian mengikut SOP ditetapkan KKM.

"Kos perkhidmatan klinik atau hospital perlu dibayar majikan manakala kos kit ujian bernilai RM60 ditanggung Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)

untuk ujian kali pertama kali saja," katanya.

Katanya, KSM juga mula melaksanakan penguatkuasaan ke atas perumahan serta penempatan pekerja warga asing mengikut Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 Akta (Akta 446).

"Semalam beberapa buah kilang di beberapa buah negeri dikenakan tindakan kerana tidak mematuhi standard yang ditetapkan di bawah Akta 446," katanya.


  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2020 @ 11:40 PM