REMAJA maut apabila motosikal yang ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer (KM) 0.5 di Jalan Tapah-Cameron Highlands. FOTO IHSAN PDRM
REMAJA maut apabila motosikal yang ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer (KM) 0.5 di Jalan Tapah-Cameron Highlands. FOTO IHSAN PDRM
Rosman Shamsudin


Tapah: Remaja maut apabila motosikal ditunggang terbabas di tepi jalan di Kilometer 0.5 di Jalan Tapah-Cameron Highlands dekat sini, jam 10 pagi tadi, selepas bergesel dengan lori.

Kong Weng Kin, 19, yang tinggal di Taman Tapah, Jalan Pahang dan dalam perjalanan pulang ke rumah disahkan mati di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mangsa menunggang berseorangan dan tiba di lokasi, jentera terbabit bergesel dengan lori yang datang dari arah sama menyebabkannya terbabas ke bahu jalan.

"Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan mati di lokasi oleh pegawai perubatan Hospital Tapah.

"Mayat dibawa ke Hospital Tapah untuk proses selanjutnya," katanya pada kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Oktober 2020 @ 4:12 PM