LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Zuliaty Zulkiffli


OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) nelayan warga Thailand yang hilang di laut ketika menangkap ikan Pulau Songsong, Yan sejak Selasa lalu ditamatkan, hari ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, ia berikutan operasi sejak tiga hari lalu di kawasan seluas 191 batu nautika tidak menemui sebarang petunjuk.

"Bagaimanapun, operasi SAR ini akan disambung semula jika Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui sebarang petunjuk baru," katanya.

Dalam kejadian 25 Ogos lalu, mangsa Supakorn Ruanggkaew, 48, dipercayai terjatuh ketika berada dalam bot pukat tunda sewaktu sedang menaikkan pukat.

Berita berkaitan

  • SAR cari nelayan Thailand jatuh laut diteruskan [METROTV]
  • Nelayan hilang selepas jatuh ke laut [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2020 @ 3:19 PM