JAMILAH, isteri kepada Allahyarham Mohd Khusairi  menyiram air dipusara di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Behrang. FOTO Sharul Hafiz Zam
JAMILAH, isteri kepada Allahyarham Mohd Khusairi menyiram air dipusara di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Behrang. FOTO Sharul Hafiz Zam
Balqis Jazimah Zahari

"IBU saudara ada memberitahu raut wajahnya nampak lain ketika berjumpa baru-baru ini," kata Othman Abdul Talib, adik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang meninggal dunia akibat serangan jantung petang semalam.

Othman, 55, berkata, sebelum ini arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap yang terlalu ketara.

"Cuma, arwah ada pergi ke rumah saudara kami di Keramat, Kuala Lumpur dan ibu saudara ada menegur raut wajahnya yang nampak agak lain.

"Tetapi abang (yang lain) hanya mengatakan dia (banyak) membuat kerja dan nampak lain mungkin akibat keadaan cuaca panas," katanya ketika ditemui selepas pengkebumian jenazah arwah di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Behrang di Slim River, hari ini.

Othman berkata, dia kali terakhir berjumpa arwah sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hanya berhubung melalui aplikasi whatsapp keluarga.

"Saya mendapat berita daripada kumpulan Whatsapp keluarga berkenaan arwah rebah ketika bermain golf dan kira-kira setengah jam kemudian kami mendapat berita kematian arwah.

"Setahu kami arwah tidak mempunyai sebarang penyakit dan kami sekeluarga tidak mengetahui berkenaan sakitnya, jadi kami terkejut dengan berita pemergian," katanya.

Jenazah Mohd Khusairi Abdul Talib, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Behrang, pada 9.20 pagi ini.

Terdahulu, media melaporkan Mohd Khusairi meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang pada 4.15 petang semalam kerana mengalami serangan jantung selepas dilaporkan tiba-tiba rebah ketika bermain golf.

Berita berkaitan

'Tak sempat serah surat lantikan' - MB Perak

Jenazah ADUN Slim selamat dikebumi [METROTV]

Jenazah Adun Slim tiba di Felda Sungai Behrang [METROTV]

'Bila dengar dia menangis, saya tahu abang sudah tiada'

PM ucap takziah atas pemergian Khusairi

ADUN Slim meninggal dunia

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2020 @ 8:47 PM