Suami Nur Aimi Nadiah, Muhammad Alhafis Mohamad, 29, sebak ketika menunggu jenazah tiga anaknya  di bilik forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh yang meninggal dalam insiden kemalangan di Kilometer 272.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, petang kelmarin.  FOTO HAZREEN MOHAMAD
Suami Nur Aimi Nadiah, Muhammad Alhafis Mohamad, 29, sebak ketika menunggu jenazah tiga anaknya di bilik forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh yang meninggal dalam insiden kemalangan di Kilometer 272.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, petang kelmarin. FOTO HAZREEN MOHAMAD
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Ipoh: Ibu kepada tiga kanak-kanak lelaki yang maut dalam kemalangan di Kilometer 272.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, kelmarin kini 'ditidurkan' sementara menunggu keadaannya stabil bagi membolehkan pembedahan dilakukan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, ia berikutan kecederaan dalaman dialami Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, termasuk pendarahan di bahagian hati membuatkan dia sehingga kini perlu bergantung kepada bantuan alat pernafasan.

"Mangsa masih tidak sedarkan diri dan keadaannya kini dipantau rapi oleh pasukan perubatan. Pembedahan ke atas Nur Aimi hanya akan dilakukan selepas keadaannya dipastikan benar-benar stabil.

"Buat masa sekarang mangsa 'ditidurkan' sementara menunggu keadaannya stabil sepenuhnya sebelum pembedahan dapat dijalankan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Nur Aimi berada dalam keadaan stabil dan sudah dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, pagi semalam.

Dalam kemalangan kira-kira 3 petang kelmarin, Nur Aimi dilaporkan parah manakala tiga anaknya, Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 12 bulan, maut di lokasi kejadian.

Kemalangan berlaku apabila Perodua Axia dipandu Nur Aimi yang turut dinaiki tiga anak lelakinya terbabas sebelum melanggar belakang treler di lorong kecemasan.

Berita berkaitan

3 kanak-kanak maut, kereta langgar lori

Hilang tiga anak serentak

Panggilan duka kehilangan tiga cucu

Nur Aimi Nadiah stabil [METROTV]

'Saya belum beritahu isteri pemergian tiga anak' [METROTV]

Jenazah tiga beradik dikebumi dalam satu liang

'Saya bermimpi mereka senyum, peluk dan melambai pada saya'

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Disember 2020 @ 1:01 PM