Ahmad Faizal antara yang hadir solat jenazah Mohd Khusairi di Masjid Ar-Masjid Rahmaniah FELDA Sungai Behrang di Slim River hari ini. Foto Sharul Hafiz Zam
Ahmad Faizal antara yang hadir solat jenazah Mohd Khusairi di Masjid Ar-Masjid Rahmaniah FELDA Sungai Behrang di Slim River hari ini. Foto Sharul Hafiz Zam
Balqis Jazimah Zahari

"SAYA tidak sempat menyerahkan surat lantikan sebagai Pengerusi Lumut Maritime Terminal kepada Allahyarham (Mohd Khusairi)," kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Menurutnya, surat lantikan yang sudah ditandatanganinya pagi semalam itu sepatutnya diserahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

"Saya sudah menandatangani surat lantikan tetapi saya tidak sempat menyerahkan surat ini (lantikan) kepada Allahyarham," katanya ketika ditemui media ketika solat jenazah Allahyarham Mohd Khusairi di Masjid Ar-Masjid Rahmaniah FELDA Sungai Behrang di Slim River hari ini.

Beliau berkata, kali terakhir beliau bertemu arwah di kediaman Menteri Besar Perak baru-baru ini.

Jenazah Mohd Khusairi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Sungai Behrang pada 9.20 pagi hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Saarani Mohamad berkata, kepimpinan Umno Perak sudah bersiap siaga sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan.

Menurutnya, pihaknya masih menunggu pengumuman rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perkara itu.

Katanya, selepas ini Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) akan memaklumkan kepada SPR dan pihak SPR akan memutuskan sama ada PRK akan diadakan atau sebaliknya.

Berita berkaitan

Jenazah ADUN Slim selamat dikebumi

Jenazah Adun Slim tiba di Felda Sungai Behrang

ADUN Slim meninggal dunia

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2020 @ 12:16 PM