Nur Izzati Mohamad


KEHADIRAN Spiderman dan Mickey Mouse yang memberi pelitup muka menyambut kedatangan 300 murid Tahun Lima dan Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Jaya, di Tasek Gelugor.

Inisiatif berkenaan diambil Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi memberikan motivasi kepada murid yang kembali ke sekolah, hari ini.

ADUN Permatang Berangan, Nor Hafizah Othman berkata, usaha itu ternyata menceriakan murid.

"Mereka kelihatan tidak sabar memulakan semula sesi persekolahan yang tertangguh sejak sekian lama berikutan wabak Covid-19," katanya ketika ditemui, hari ini.

Jelasnya, beliau memuji pengurusan pihak sekolah yang 100 peratus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Tahniah dan syabas kepada semua guru yang mana kita berharap semuanya akan berjalan lancar termasuk kemasukan murid Tahun Satu hingga Empat pada minggu hadapan," katanya.

NOR Hafizah Othman bersama adiwira menyampaikan pelitup muka kepada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Jaya yang memulakan sesi persekolahan hari ini. FOTO Nur Izzati Mohamad
NOR Hafizah Othman bersama adiwira menyampaikan pelitup muka kepada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Jaya yang memulakan sesi persekolahan hari ini. FOTO Nur Izzati Mohamad

Sementara itu, Guru Besar sekolah berkenaan, Rashidi Md Arshad berkata, pihaknya berterima kasih atas kejutan itu.

"Pihak sekolah akan melakukan yang terbaik seperti yang digariskan untuk memastikan SOP diikuti sekali gus mengekang penularan wabak Covid-19," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2020 @ 9:57 AM