BAS memasuki kawasan Selangor Mansion dan Malayan Mansion.
BAS memasuki kawasan Selangor Mansion dan Malayan Mansion.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


SEBUAH bas dibenarkan memasuki kawasan Selangor Mansion dan Malayan Mansion dipercayai untuk memindahkan beberapa penghuni dari kawasan berkenaan.

Bas Kolej Sains Kesihatan Bersekutu itu dilihat masuk ke Jalan Masjid India menuju ke kedua-dua bangunan itu pada jam 11.45 pagi.

Turut kelihatan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) naik ke atas bas.

Turut dilakukan sewaktu ketibaan bas berkenaan adalah proses sanitasi di jalan berhampiran kawasan bas diparkir.

Difahamkan, mereka membawa individu yang positif Covid-19 keluar dari kawasan berkenaan bagaimanapun jumlah individu positif masih belum diketahui.

Petugas keselamatan kini mengawal ketat lokasi dan media diminta berada jauh dari dua bangunan berkenaan.

Semalam, petugas KKM sudah memulakan saringan ke atas semua penghuni dua flat berkenaan.

Keputusan saringan dijangka diperoleh hari ini dan esok.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 April 2020 @ 2:12 PM