Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
Sri Ayu Kartika Amri dan Raja Noraina Raja Rahim


“JANGAN ambil topeng (penutup mulut dan hidung) serta cecair pembasmi kuman di hospital. Ia untuk kegunaan ramai,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, perbuatan itu adalah tidak baik kerana bekalan terbabit adalah kegunaan penting kepada barisan hadapan yang merawat pesakit Covid-19.

“Penutup mulut dan hidung, sarung tangan dan pembasmi kuman yang berada di hospital adalah untuk kegunaan ramai bukan hanya untuk seorang. Jadi kalau mereka ambil untuk kegunaan sendiri saya rasa mereka kena fikir.

“Jadi, saya menasihatkan mereka jangan ambil. Keutamaannya adalah untuk barisan hadapan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, tular di laman sosial mengenai beberapa individu yang didakwa kakitangan hospital mengambil bekalan penutup mulut dan hidung serta cecair pembasmi kuman untuk dijual di pasaran.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 April 2020 @ 7:40 PM