DR NOOR Azizi menyampaikan Bantuan Khas kepada pelajar di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa. FOTO IHSAN UMK
DR NOOR Azizi menyampaikan Bantuan Khas kepada pelajar di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa. FOTO IHSAN UMK
Nor Fazlina Abdul Rahim


UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) menerusi Pusat Islam Universiti memperuntukkan bantuan khas sebanyak RM49,000 bagi membantu penuntut sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Noor Azizi berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM40,000 disumbangkan kepada 400 penuntut dari golongan asnaf yang berada di kampus sepanjang tempoh PKP.

Katanya, sebanyak RM6,000 disediakan untuk pembiayaan bekalan makanan.

Sementara, RM3,000 lagi untuk enam penuntut UMK yang sedang menjalani latihan industri di luar negara (Thailand, Singapura dan Indonesia) ketika tempoh PKP ini berkuat kuasa.

“Turut menerima bantuan 1,000 penuntut yang berada di kampus menerusi Bantuan Makanan Sokongan yang bertujuan meringankan beban mereka.

“Pengagihan wang bantuan itu mula dibuat UMK bermula kelmarin dan ia diteruskan sehingga sesi PKP ini berakhir,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Pusat Islam Universiti ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan UMK yang menyumbang pada Dana Zakat Wa’ad dan Dana Infak.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2020 @ 2:30 PM