YDP PVATTBM cawangan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Shamsuri Aliasak.
YDP PVATTBM cawangan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Shamsuri Aliasak.
Abnor Hamizam Abd Manap


PERSATUAN Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) cawangan Negeri Sembilan berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan permohonan tanah bagi membina rumah untuk ahlinya.

Yang Dipertua PVATTBM Negeri Sembilan Datuk Mohd Shamsuri Aliasak berkata, pihaknya sudah mengemukakan permohonan mendapat sebidang tanah rizab kerajaan seluas 100 hektar di Ulu Bendul.

Katanya tanah itu akan digunakan untuk membina rumah bagi 400 ahlinya di seluruh negeri.

“Mereka yang berdaftar dengan PVATTBM selain balu veteran tidak berpencen akan menjadi keutamaan untuk diberi bahagian lot tanah yang kemudian akan dibina rumah dengan bantuan persatuan.

“Ini yang sedang diusahakan persatuan bagi memastikan kebajikan ahlinya yang tidak berpencen,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Shamsuri berkata, kerajaan diharap memberi pertimbangan sewajarnya kepada permohonan berkenaan supaya dapat membantu mengubah nasib ahli persatuan bagi memiliki kediaman yang selesa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2020 @ 4:10 PM