ALIRAN trafik di Kilometer 444.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Rawang pada 6.51 pagi tadi. FOTO Twitter LLM Trafik
ALIRAN trafik di Kilometer 444.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Rawang pada 6.51 pagi tadi. FOTO Twitter LLM Trafik
Raja Noraina Raja Rahim


ALIRAN trafik tinggi dan perlahan di beberapa lebuh raya utama pagi ini, berikutan orang ramai mula pulang ke kampung sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melalui Twitter memaklumkan, setakat 10 pagi tadi, trafik perlahan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara dari Rawang Selatan, Tanjung Malim dan Slim River menghala ke Sungkai.

Aliran trafik hala ke selatan dilaporkan masih terkawal.

Selain itu, kenderaan yang mula memasuki Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menyebabkan kesesakan dari Plaza Tol Karak menghala ke Pantai Timur.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan Twitter @plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta twitternya @LLMinfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 January 2020 @ 10:51 AM