KESESAKAN menghala ke utara di Lebuhraya Utara Selatan dekat R&R Sungai Buloh pada 6 petang hari ini. FOTO Supian Ahmad.
KESESAKAN menghala ke utara di Lebuhraya Utara Selatan dekat R&R Sungai Buloh pada 6 petang hari ini. FOTO Supian Ahmad.
Hidayatul Akmal Ahmad


TRAFIK di beberapa lebuh raya perlahan berikutan orang ramai mula meninggalkan ibu negara sempena cuti sambutan Deepavali.

Berdasarkan Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), sehingga 6 petang, trafik perlahan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara iaitu dari Bukit Lanjan ke Hospital Sungai Buloh, sebelum susur keluar Plaza Tol Rawang arah selatan dan Rawang Selatan ke Sungai Sungai Buaya.

Kawasan lain termasuk Slim River ke Sungkai; Bidor ke Tapah ke Gopeng; Terowong Menora ke Sungai Perak; Bandar Baharu ke Bukit Tambun dan Hentian Juru ke Permatang Pauh.

Kesesakan menghala selatan dilaporkan di Nilai Utara ke Bandar Ainsdale, Seremban; menghala Port Dickson dan Kempas ke Datuk Onn.

Kenderaan mula memenuhi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dengan trafik sesak di Plaza Tol Gombak sejauh 1.3 kilometer, sebelum memasuki Plaza Tol Karak arah timur.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan Twitter @plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta twitternya @llminfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Oktober 2019 @ 8:43 PM