ZII Jia raih mata pertama Malaysia selepas menewaskan Nishimoto. FOTO BERNAMA
ZII Jia raih mata pertama Malaysia selepas menewaskan Nishimoto. FOTO BERNAMA
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Malaysia bermula garang dalam aksi suku akhir menentang Jepun apabila pemain perseorangan pertama, Lee Zii Jia menghadiahkan mata pertama di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone, China, sebentar tadi.

Zii Jia yang juga pemain ranking ke-10 dunia mempamerkan persembahan meyakinkan terutama di set kedua dengan membenam Kenta Nishimoto 21-13, 21-3 dalam tempoh 33 minit.

Ia adalah kemenangan kali kelapan Zii Jia dalam 11 pertemuan dengan Nishimoto yang diletakkan perseorangan pertama menggantikan Kodai Naraoka selepas tonggak utama Jepun itu dilaporkan tidak cergas.

Perlawanan kedua bakal membabitkan beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berdepan gandingan keenam dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mei 2024 @ 5:54 PM