BEBERAPA penduduk hadir untuk menunaikan solat Jumaat namun terpaksa digantikan dengan solat Zohor berjemaah di Masjid Kubang Rambutan, Rantau Panjang, semalam.
BEBERAPA penduduk hadir untuk menunaikan solat Jumaat namun terpaksa digantikan dengan solat Zohor berjemaah di Masjid Kubang Rambutan, Rantau Panjang, semalam.
Siti Nor Hidayatidayu Razali


MANGSA banjir di Kelantan berkurangan kepada 1,897 orang jam 9 pagi ini, berbanding 1,952 orang, 9 malam tadi.

Kesemua mangsa banjir berkenaan ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas dan Jeli.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa tertinggi tertinggi iaitu 1,715 orang daripada 622 keluarga dipindahkan di 10 PPS.

Mangsa banjir di Jeli masih kekal dengan 182 orang daripada 50 keluarga di dua PPS.

Sementara itu, mengikut laporan di laman web Jabatan Pengairan dan Saliran, www.publicinfobanjir.water.gov.my, Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di paras bahaya dengan bacaan 10.18 meter (m).

Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat menunjukkan peningkatan dan berada di paras amaran iaitu 2.48 m berbanding bacaan normal 0.70 m.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Disember 2019 @ 9:37 AM