Siti Nor Hidayatidayu Razali


CUACA baik, sejak semalam, menyebabkan mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 1,332 orang daripada 493 keluarga, setakat jam 2 petang ini.

Ia berbanding 1,897 orang jam 9 pagi tadi.

Kesemua mangsa banjir berkenaan ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas dan Jeli.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir di Pasir Mas berkurangan kepada 1,182 orang daripada 456 keluarga di enam PPS.

Mangsa banjir berkenaan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Rahmat seramai 10 mangsa daripada tiga keluarga; SK Gual Tinggi (374 mangsa, 148 keluarga); SK Sri Rantau Panjang (537 mangsa, 226 keluarga); SK Tok Deh (35 mangsa, 10 keluarga); SK Bakong (153 mangsa, 48 keluarga) dan SK Kedai Tanjong seramai 73 mangsa daripada 21 keluarga.

LORI meredah banjir di Jalan Rantau Panjang Lama di Jeram Perdah, Rantau Panjang, hari ini. FOTO Zaman Huri Isa
LORI meredah banjir di Jalan Rantau Panjang Lama di Jeram Perdah, Rantau Panjang, hari ini. FOTO Zaman Huri Isa

Sementara itu, Mangsa banjir di Jeli juga turun kepada 150 orang daripada 37 keluarga di dua PPS iaitu di SK Jeli 1 (23 orang, 11 keluarga) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas (127 mangsa, 26 keluarga).

Sementara itu, mengikut laporan di laman web Jabatan Pengairan dan Saliran, www.publicinfobanjir.water.gov.my, Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di paras bahaya dengan bacaan 10.01 meter (m).

Manakala Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat berada di paras amaran iaitu 2.48 m.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Disember 2019 @ 3:18 PM