Siti Nor Hidayatidayu Razali


JUMLAH mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 3,436 daripada 1,020 keluarga di 47 pusat pemindahan sementara (PPS).

Mangsa banjir membabitkan lima daerah iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Jeli.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 8 pagi, PPS di Pasir Mas mula dibuka yang menempatkan 312 mangsa daripada 94 keluarga di lima PPS.

Mangsa banjir di Jeli paling ramai membabitkan 1,340 orang daripada 436 keluarga di 12 PPS.

ORANG ramai meredah banjir di Tanah Merah, semalam. FOTO Arkib NSTP
ORANG ramai meredah banjir di Tanah Merah, semalam. FOTO Arkib NSTP

Ia diikuti Tanah Merah seramai 1,211 orang daripada 319 keluarga di 22 PPS dan Kuala Krai 235 mangsa daripada 68 keluarga di empat PPS.

Seramai 272 mangsa daripada 85 keluarga berada di tiga PPS di Machang dan Pasir Puteh (66 mangsa daripada 23 keluarga) di sebuah PPS iaitu Sekolah Kebangsaan Changgai.

Sementara itu, mengikut laporan di laman web Jabatan Pengairan dan Saliran, www.publicinfobanjir.water.gov.my, Sungai Golok di Rantau Panjang berada di paras bahaya dengan bacaan 10.63 meter (m).

Bagi Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah, ia berada pada paras amaran 22.85 m.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Disember 2019 @ 8:43 AM