JAMBATAN Sungai Lebir di Kampung Pasir Linggi tenggelam tiga meter menyebabkan penduduk Orang Asli terputus hubungan sejak kelmarin. FOTO Ramli Ibrahim
JAMBATAN Sungai Lebir di Kampung Pasir Linggi tenggelam tiga meter menyebabkan penduduk Orang Asli terputus hubungan sejak kelmarin. FOTO Ramli Ibrahim
Siti Nor Hidayatidayu Razali


HUJAN lebat dan berterusan menyebabkan mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 389 mangsa sehingga 8 pagi ini berbanding 198 orang 9 malam tadi.

Jumlah mangsa itu membabitkan 106 keluarga yang ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS di Pasir Mas dibuka sejak malam tadi berikutan paras air Sungai Golok meningkat dan penduduk di sekitar Rantau Panjang dinaiki air.

Daerah Pasir Mas menunjukkan jumlah mangsa paling tinggi, seramai 179 mangsa daripada 46 keluarga yang ditempatkan di lima PPS.

Mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jarum (61 mangsa, 14 keluarga); PPS Putat Tujoh (30 mangsa, sembilan keluarga); Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (A) Lati (64 mangsa, 18 keluarga); SK Kampung Baru (20 mangsa, empat keluarga) dan SK Sri Kiambang (empat mangsa, satu keluarga).

Jumlah mangsa di Tanah Merah juga meningkat kepada 173 orang daripada 45 keluarga berbanding 155 mangsa malam tadi.

Mereka ditempatkan di enam PPS iaitu SK Kelewek (39 mangsa, sembilan keluarga), SK Bukit Panau (dua mangsa, satu keluarga), SK Alor Pasir (35 mangsa, 10 keluarga), Dewan Serbaguna Kampung Padang Kijang (33 mangsa, sembilan keluarga), SK Kulim (17 mangsa, lima keluarga) dan Masjid Mukim Kuala Kepok (47 mangsa, 11 keluarga).

Mangsa banjir di Machang masih kekal seramai 37 mangsa daripada 15 keluarga yang ditempatkan di SK Pak Roman.

Sementara itu, berdasarkan web publicinfobanjir.water.gov.my, bacaan air Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi paras bahaya dengan bacaan 10 meter (m).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Disember 2019 @ 8:43 AM