Siti Nor Hidayatidayu Razali


JUMLAH mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 8,244 mangsa, 12 tengah hari tadi berbanding 7,443 orang pada 9 pagi tadi.

Ia membabitkan 2,731 keluarga yang ditempatkan di 99 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah.

Portal eBanjir Kelantan merekodkan, mangsa banjir di daerah Pasir Mas meningkat mendadak kepada 4,211 mangsa membabitkan 1,630 keluarga daripada 2,878 orang.

Diikuti Kota Bharu 1,353 orang daripada 334 keluarga, Tanah Merah 857 mangsa (245 keluarga), Machang 378 orang (109 keluarga), Pasir Puteh 671 orang (216 keluarga), Jeli 179 mangsa (49 keluarga), Kuala Krai 249 mangsa (66 keluarga), Bachok 307 mangsa (74 keluarga) dan Tumpat 39 mangsa daripada lapan keluarga.

Sementara itu, Sungai Golok di Rantau Panjang masih melebihi paras bahaya iaitu 10.61 meter (m).

Manakala, lima sungai utama berada di paras amaran, Sungai Golok di Jenob, Sungai Galas di Dabong, Sungai Kelantan di Kuala Krai, Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard serta Sungai Kelantan di Tambatan Diraja.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2017 @ 2:25 PM
Mangsa banjir ditempatkan di PPS SK Gual Tinggi, Rantau Panjang selepas rumah mereka dinaiki air. FOTO Fathil Asri
Mangsa banjir ditempatkan di PPS SK Gual Tinggi, Rantau Panjang selepas rumah mereka dinaiki air. FOTO Fathil Asri