Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran sebuah bas kilang di Jalan Sepri, Rembau awal pagi tadi. FOTO ihsan bomba.
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran sebuah bas kilang di Jalan Sepri, Rembau awal pagi tadi. FOTO ihsan bomba.
Raja Noraina Raja Rahim


SEBUAH bas pekerja membawa 17 penumpang dari sebuah kilang di Senawang, Seremban, terbakar di Jalan Sepri, Rembau, pagi ini.

Dalam kejadian 6.58 pagi, bas berkenaan dikatakan dalam perjalanan menghantar pekerja kilang terbabit pulang ke Rembau.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai 10 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.

Katanya, sebaik tiba, bas berkenaan sedang terbakar namun pemandu dan penumpang terlebih dahulu menyelamatkan diri.

“Bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengawal dan memadamkan kebakaran sepenuhnya.

“Bas musnah terbakar 50 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mei 2019 @ 11:47 AM