FOTO ihsan pembaca
FOTO ihsan pembaca
Mohd Khidir Zakaria


Tampin: Tiga rumah dan sebuah kereta musnah dalam kebakaran di Taman Gunung Mas di sini, awal pagi tadi.

Kejadian jam 3.30 pagi itu dipercayai berlaku apabila kereta yang diletakkan hadapan sebuah rumah secara tiba-tiba meletup dan terbakar menyebabkan merebak ke tiga rumah yang terletak bersebelahan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Roslan Sahrani berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.35 pagi dan dua jentera bersama tujuh anggota ke lokasi kejadian serta tiba 20 minit kemudian.

"Apabila tiba api sedang marak di tiga rumah bersebelahan menyebabkan kita menerima bantuan daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat Rembau.

"Kita mengawal kebakaran daripada merebak ke bahagian lain sebelum pemadaman dilakukan. Sebuah rumah musnah 100 peratus manakala dua lagi musnah 30 peratus," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 April 2016 @ 11:33 AM