Raja Noraina Raja Rahim

Seremban: Kilang membuat peralatan permainan kanak-kanak musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Taman Tuanku Ja'afar, petang ini.

Kejadian pada 2.45 petang menyebabkan hampir keseluruhan struktur belakang kilang musnah.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.59 petang sebelum menggerakkan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang.

"Operasi memadam api turut dibantu pegawai dan anggota dari Balai Seremban, Seremban 2 dan Rembau.

"Ketika ini, anggota bertungkus-lumus memadam api daripada merebak ke bangunan utama," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Disember 2016 @ 5:25 PM