RUMAH yang musnah dalam kebakaran di Taman Muhibbah, Cheras. FOTO Ihsan Bomba
RUMAH yang musnah dalam kebakaran di Taman Muhibbah, Cheras. FOTO Ihsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


SEBUAH rumah di Taman Muhibbah, Cheras musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 9.37 malam tadi.

“Seramai 32 pegawai dan anggota bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, BBP Bangi, BBP Bandar Tun Hussein Onn dan BBP Serdang dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami mendapati api marak sebelum kebakaran berjaya dikawal beberapa minit kemudian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kebakaran itu menyebabkan hampir keseluruhan rumah berkenaan musnah.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mei 2019 @ 12:42 AM