KEADAAN rumah adik Ridzuan Hashim yang terbakar. FOTO Ihsan Bomba
KEADAAN rumah adik Ridzuan Hashim yang terbakar. FOTO Ihsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


RUMAH adik kepada pelakon, Ridzuan Hashim di Kampung Batu 17 Dusun Tua, Hulu Langat, musnah dalam kebakaran, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.34 petang.

“Seramai 18 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dan BBP Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati api sedang marak sebelum kebakaran rumah dua tingkat itu berjaya dikawal beberapa minit kemudian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kebakaran itu menyebabkan kediaman berkenaan musnah 70 peratus.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 April 2019 @ 9:08 PM