LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Shaiful Shahrin Ahmad

LELAKI warga emas yang terjun dari atas jambatan Sungai Kerian, Parut Buntar, semalam ditemukan lemas hari ini.

Mayat Chew Sin, 61, ditemui terapung jam 1.30 tengah hari kira-kira 200 meter dari jambatan tempat dia dipercayai terjun.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, operasi pencarian mangsa disambung 9 pagi tadi oleh tujuh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kuala Kangsar.

“Pencarian di permukaan sungai juga dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar dengan dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

“Mangsa dijumpai terapung dan disahkan sudah meninggal dunia sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, operasi pencarian diketuai Komander Operasi Ahmad Rossyed Isa itu ditamatkan pada 3.40 petang.

Berita berkaitan:

  • 'Terkapai-kapai sebelum tenggelam'
  • 'SAR disambung esok'
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 April 2019 @ 9:02 PM