Hairulazim Mahmud dan Rizanizam Abdul Hamid


SEMUA 336 murid sekolah yang menjadi mangsa

pencemaran toksik di Pasir Gudang dijamin dengan pampasan di bawah perlindungan Insurans Takaful Malaysia.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membantu semua murid yang menjadi mangsa mengemukakan tuntutan terus ke cawangan takaful berdekatan.

“Maksudnya mereka dijamin dengan pampasan. Setakat ini, statistik mangsa pesakit luar membabitkan murid sekolah adalah 188 orang.

“Mangsa yang dimasukkan ke wad pula 148 murid menjadikan jumlah semua yang mendapat rawatan sehingga pagi tadi 336 orang,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Murid yang menjadi mangsa pencemaran toksik dijamin pampasan takaful. FOTO Zain Ahmed
Murid yang menjadi mangsa pencemaran toksik dijamin pampasan takaful. FOTO Zain Ahmed

Maszlee berkata demikian ketika menjawab usul perbahasan pengisytiharan darurat akibat pencemaran toksid di Pasir Gudang, Johor.

Terdahulu, sidang sebelah pagi ketika Sesi Pertanyaan Menteri (MQT), Hasan Abdul Karim (PH-PKR Pasir Gudang) mengemukakan cadangan usulnya, meminta Dewan Rakyat merundingkan isu pengisytiharan darurat di Pasir Gudang akibat pencemaran sisa toksik.

Usul itu kemudian dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin yang diluluskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Arif Md Yusof.

  • Lagi berita berkaitan gas beracun Sungai Kim Kim
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mac 2019 @ 6:51 PM