BANGUNAN Parlimen. FOTO arkib NSTP
BANGUNAN Parlimen. FOTO arkib NSTP
Hairulazim Mahmud dan Rizanizam Abdul Hamid


DEWAN Rakyat hari ini meluluskan usul untuk membahaskan usul pengisytiharan darurat akibat pencemaran toksid di Pasir Gudang, Johor.

Usul dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin itu diluluskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Arif Md Yusof.

Beliau memberikan tempoh sejam untuk dibahaskan bermula 4.30 petang ini.

Terdahulu, ketika Sesi Pertanyaan Menteri (MQT) Hassan Abdul Karim (PH PKR-Pasir Gudang), mengemukakan usul tergempar pengisytiharkan darurat di Pasir Gudang harus dibahaskan hari ini.

"Saya sudah menyerahkan usul itu untuk Speaker benarkan bahas hari ini. Kerajaan Pusat mesti isytihar darurat," tegasnya.

  • Lagi berita berkaitan gas beracun Sungai Kim Kim
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mac 2019 @ 1:32 PM