KEMERIAHAN terasa pada Watsons Festival yang diadakan sebelum ini.
KEMERIAHAN terasa pada Watsons Festival yang diadakan sebelum ini.
Suliati Asri


KUALA LUMPUR: Tinggal beberapa hari lagi Watsons Festival #GETACTIVE bermula, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket menyertai acara tahunan ini di Setia Alam, Shah Alam pada 27 Oktober ini.

Caranya mudah hanya perlu mendaftar di mana-mana kedai Watsons di Lembah Klang atau atas talian, dengan bayaran RM30.

Pelbagai cenderahati menarik juga menanti pengunjung termasuk kemeja-T, beg, gelang silikon dan baucar bernilai RM10.

Watsons #GETACTIVE diadakan bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dan terbuka kepada sesiapa saja termasuk kanak-kanak, dewasa dan warga emas, sekali gus menggalakkan gaya hidup sihat rakyat Malaysia melalui latihan kecergasan yang mudah dan menyeronokkan.

Festival kali ini menjanjikan kemeriahan kerana menawarkan pelbagai acara menarik kepada mereka yang mendaftar lebih-lebih lagi ia diadakan pada hujung minggu.

Dengan pembelian tiket itu, anda boleh menyertai zumba sambil diiringi muzik rancak di kawasan lapang bersama seisi keluarga.

Selain itu, mereka yang membawa anak kecil boleh ‘melepaskan’ si kecil bebas bermain

di inflatable playground yang disediakan. Bagi ibu pula, mereka tidak perlu risau kerana boleh menyertai yoga manakala si ayah bersama anak-anak yang sudah dewasa boleh mencabar diri melakukan aktiviti wall climbing.

Acara bermula jam 6 pagi hingga 11 malam, peserta boleh mengisi masa sepanjang hari dengan mengunjungi bazar yang menyediakan aktiviti menarik seperti bengkel kecantikan, belon udara panas, wall climbing, inflatable playground dan banyak lagi.

Aktiviti menarik lain yang diadakan ialah penyediaan sajian sihat, tutorial mekap, dandanan rambut oleh pakar rambut serta aktiviti kecergasan.

Pengunjung tidak perlu risau jika lapar kerana terdapat food truck yang menjual pelbagai makanan yang pasti memenuhi selera semua.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti Watsons #GETACTIVE, layari laman web watsons.com.my/

promo-getactive-fest.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Oktober 2018 @ 10:08 AM