Aliran trafik di Lebuhraya KL-Karak mula sibuk. FOTO Ihsan LPT
Aliran trafik di Lebuhraya KL-Karak mula sibuk. FOTO Ihsan LPT


ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan mulai 10 malam ini berikutan orang ramai mula pulang ke kampung bersempena cuti sekolah dan sambutan Aidiladha Rabu ini.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik di utara perlahan dari Terowong Menora ke Ipoh; Gopeng ke Tapah; Bidor ke Sungkai sehingga Slim River.

“Trafik turut perlahan di selatan dari Sedenak ke Kulai dan dari Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dari Malaysia ke Singapura,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik dilaporkan perlahan sepanjang dua kilometer dari Plaza Tol Gombak menuju ke ibu negara berikutan pertambahan jumlah kenderaan.

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 bagaimanapun dilaporkan lancar di kedua-dua arah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Ogos 2018 @ 12:13 AM