ALIRAN trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur keluar Kuala Kangsar bergerak perlahan berikutan orang ramai mulai pulang ke ibu kota selepas cuti umum Tahun Baharu Cina. FOTO Effendy Rashid.
ALIRAN trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur keluar Kuala Kangsar bergerak perlahan berikutan orang ramai mulai pulang ke ibu kota selepas cuti umum Tahun Baharu Cina. FOTO Effendy Rashid.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan setakat 12 tengah malam tadi.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilaporkan lancar setakat ini.

“Trafik hanya perlahan di Genting Sempah menuju Plaza Tol Gombak,” katanya.

Sementara itu, aliran trafik di bahagian utara perlahan di Sungai Petani Utara menuju ke Sungai Petani Selatan, sebelum Plaza Tol Juru ke Bukit Tambun sehingga Jawi, Alor Pongsu ke Bukit Merah dan Bukit Berapit ke Kuala Kangsar sehingga ke Terowong Menora.

Trafik turut perlahan di Ipoh menuju Hentian Simpang Pulai, Gopeng ke Tapah, Bidor ke Sungkai sehingga Slim River dan Tanjung Malim menuju Bukit Tagar.

“Di selatan, trafik bergerak lancar dari Simpang Renggam ke Senai, Pagoh ke Yong Peng sehingga Ayer Hitam dan Jasin menuju ke Simpang Ampat di Melaka.

“Selain itu, aliran trafik tinggi di Hentian Pedas Linggi menuju ke Port Dickson dan Bangi ke Kajang,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Februari 2019 @ 12:52 AM