Keadaan trafik di Plaza Tol Sungai Besi arah selatan hari ini. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
Keadaan trafik di Plaza Tol Sungai Besi arah selatan hari ini. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
BERNAMA

ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor perlahan setakat 5.30 petang ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, trafik perlahan dari Sungai Buloh ke Jalan Duta, Slim River ke Tapah dan Rawang ke Sungai Buaya berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

“Trafik juga sesak dari Tapah ke Gopeng serta dari Seremban ke Hentian Sebelah Senawang,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak serta di Terowong Genting Sempah berikutan hujan.

“Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilapor lancar,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Jun 2019 @ 6:29 PM