Mohamad Ariff mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat. FOTO BERNAMA
Mohamad Ariff mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat. FOTO BERNAMA
Wartawan NSTP

PARLIMEN menerima notis pencalonan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 2 Julai lalu sekali gus mematuhi syarat di bawah Perkara 57 Perlembagaan Malaysia.

Menurut Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Rosmee Hamzah, pihaknya menerima nama calon berkenaan pada tarikh iaitu sebelum 14 hari Dewan Rakya mula bersidang.

Dewan Rakyat sebelum itu kecoh apabila Ahli Parlimen pembangkang tidak berpuas hati berikutan pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Yang di-Pertua yang baharu.

Memulakan bantahan itu adalah Datuk Takiyyudin Hassan (PAS-Kota Bharu) yang meminta 'point of order.'

Beliau mendakwa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mengikut syarat pelantikan Yang di-Pertua.

Beliau menegaskan, Perdana Menteri tidak mematuhi syarat kerana tidak mengusulkan nama calon Yang di-Pertua dalam tempoh 14 hari sebelum Parlimen bermula.

Kekecohan itu sekali gus mengakibatkan hampir semua Ahli Parlimen keluar dari Dewan Rakyat kerana tidak berpuas hati terhadap 'cara' pelantikan itu.

Mohamad Ariff yang juga bekas hakim Mahkamah Rayuan dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat kesembilan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Julai 2018 @ 11:47 AM