Ahli Parlimen pembangkang membantah usul pelantikan Mohamad Ariff sebelum beramai-ramai keluar dari Dewan Rakyat. FOTO BERNAMA
Ahli Parlimen pembangkang membantah usul pelantikan Mohamad Ariff sebelum beramai-ramai keluar dari Dewan Rakyat. FOTO BERNAMA
Esther Landau dan Fairul Asmaini Mohd Pilus


“PEMBANGKANG sekarang berperangai seperti mana yang mereka anggap itu adalah sikap buruk yang dilakukan pembangkang sebelum ini,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas telatah Ahli Parlimen yang membantah pelantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hari ini.

Perdana Menteri menyifatkan Ahli Parlimen pembangkang yang membuat bising dan kecoh di luar dewan sebagai proses pembelajaran untuk mereka.

“Mereka baru sedar, mereka masih belajar dan terus akan belajar, mereka akan menjerit dan terus membuat bising,” kata beliau kepada media selepas upacara mengangkat sumpah di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, semua Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan sebagai membantah pelantikan Mohamad Ariff kecuali Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN-Rembau) dan Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Julai 2018 @ 3:02 PM